Allah
SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan
barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as
memandang dirinya sendiri dan berkata:
‘Wahai Tuhanku, adakah
engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’Lalu Allah swt
berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’
Kemudian
Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan
tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah
selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai
Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan
tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi
di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku
cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan
solat bukan atas perintahKu.’
Kemudian
Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka
sebagai imbalan ibadat mereka?’
Lalu
Allah berfirman yang bermaksud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa
sebagai tempat tinggal…’
Kemudian
Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa.Setelah
Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as
selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun
singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT
lalu ia berkata dalam sujud:
‘Ya
Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? ‘
Kemudian
Allah swt berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang
selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan
yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan…. .’
Marilah
sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam
perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai
rakan rakan ku yang dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn
kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa
yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat
padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. insyaAllah…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar