Kamis, 11 September 2014

Kata Mutiara


Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai…
Berimanlah…… Kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang meng-Esa-kan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.
Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Dzat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.
Redhalah dengan takdir yang telah di tentukan dan rezeki yang telah di bahagi itu dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkanlah keluh kesah.
Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir.
Kata-kata yang di ucapkan sembarangan, dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan,
Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Pernah seorang sahabat berkata : “Sepanjang hari dalam hidupku, jika sehari tidak bertambah ilmu pengetahuan yang boleh mendampingi diriku kepada Allah Yang Mulia lagi Maha Agung, maka tidak ada keberkatan bagiku semenjak terpancarnya matahari pada hari itu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
Setelah kefakiran pasti ada kekayaan,
Setelah kesakitan pasti ada kesihatan,
Setelah kesedihan pasti ada kegembiraan,
Setelah kesempitan pasti ada kelapangan,
Setelah terpenjara pasti ada kebebasan,
Setelah kelaparan pasti ada kekenyangan,
Hanya waktu sahaja yang akan menentukan,
Bilakah ianya akan terjadi,
Bersabarlah…
Kegemukan adalah kelalaian,
Terlalu banyak makan akan menghilangkan kecerdasan,
 Terlalu banyak tidur adalah kegagalan,
Terlalu banyak ketawa akan mematikan hati,
Dan
Fikiran yang jahat adalah seksa.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,
umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.
Rasulullah S.A.W bersabda, Allah berfirman : “Tidak cukup untuk-Ku langit dan bumi-Ku, tetapi yang cukup bagi-Ku hanya hati hamba-Ku yang beriman” – Hadis Qudsi
Melalui nur matahari, engkau melihat alam, tetapi dengan nur iman, keyakinan kamu terus melihat kepada Allah yang menciptakan alam” – Syeikh Ahmad Ata’ allah
Tidak ada yang sulit bagi orang yang mahu,
Tidak ada yang mudah bagi orang yang enggan.
Setitis musibah memungkinkan kita menerima lazatnya hidayah Allah.
Cantik wanita kerana kejernihan wajah, manisnya wanita kerana seyuman indah,ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah, hebatnya wanita kerana kesabaran, mulianya wanita krn keimanan.
Syaitan itu pengganggur, penuh waktunya untuk menjalankan rencananya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihatnya, engkau lupa kepada syaitan, tapi syaitan selalu ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu syaitan banyak pembantunya.“- Sayyidina Yahya bin Muad’dz Arrozy
Siapa yang ingin amalnya diketahui orang, maka itu adalah riya’ dan siapa yang ingin diketahui orang hal keistimewaan maka itu pendusta.
Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya peringatan kepada Allah itu adalah tidak berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi pengajaran itu adalah sia-sia
Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh  semuanya (perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.
Ibrahim bin Adham pernah mengingatkan kepada penduduk Baghdad yangg bermaksud : “Hati manusia akan tertutup dgn tiga (3) keadaan iaitu bergembira, berdukacita & berbangga. Andainya kamu terlalu suka dengan apa yang kau ada, maka kamu akan menjadi bakhil dan bakhil adalah dilarang. Apabila kamu berdukacita dengan kehilangan sesuatu, kamu akan menjadi orang yang tidak redho, orang ini akan diseksa. Apabila kamu menerima pujian, kamu akan berbangga. Sifat ini akan merosakkan amalan.
Al Hasan R.a berkata : “Seksa bagi seorang alim itu iala mati hatinya. Ketika ditanya : Bagaimana mati hati itu? Mencari dunia dengan amal akhirat.
Jika Engkau telah mengetahui bahawa syaitan itu tidak pernah melupakanmu, maka janganlah engkau lupa terhadap tuhan yang nasibmu ada ditangannya.” (Syeikh Ahmad Bin Ata’Allah Al Iskandary)
Ibarat kata-kata itu sebagai makanan bagi pendengar yang berhajat dan memerlukannya dan engkau tidak dapat apa-apa daripadanya kecuali yang engkau makan.” (Syeikh Ahmad Bin Atta’Allah Al Iskandary)
Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama’ kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan yang lebat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Cbox